Marion Willis

MARION WILLIS

Siapa Marion Willis? Selain “Sumpah Orang Minyak” adakah filem lain, dia berlakon?

Mereka mahu, sekiranya saya tahu, siarkan kisahnya dalam blog ini.

Sebenarnya, tidak banyak perkara saya tahu tentangnya. Semasa dia bergiat dalam seni, pragawati, berlakon dan ratu cantik (tahun 1953) umur saya baru 10 tahun.

Ketika “Sumpah Orang Minyak” ditayangkan pada tahun 1958, umur pula 15 tahun.

Pada masa itu, apalah yang saya tahu tentang Marion Willis. Saya pun tidak pernah mahu ambil tahu.

Namun begitu, lama kelamaan (dan beransur-ansur) saya tahu juga serba sedikit mengenainya. Tidak banyak, sekadar tahu saja.

MARION WILLIS___

Lahir: 1939 (tarikh tepat tidak diketahui)
Tempat: Singapura
Nama ibu: Doris Craig
Nama ayah: (tidak diketahui)
Nama suami: Robert Woodworth (kahwin 13 Januari 1959)

Marion Willis menampakkan minatnya dalam dunia glamour pada tahun 1953. Bagi mengasah bakatnya itu, dia menyertai Mannequin Training School (sekolah kecantikan dan pragawati) yang dipimpin oleh Joan Booty.

Pada bulan 19 Jun 1957, Marion Willis (berumur 19 tahun) bersama tujuh lagi jelitawan telah menyahut iklan dalam akhbar yang menyebut beberapa pelakon diperlukan membintangi filem “Tiger of Malaya” keluaran bersama oleh Shaw Brothers dan Everlansting Pictures dari Filipina.

Selain Marion Willis, turut di screen test (ujian skrin) oleh Ramon A. Estella dan Joseph Schneider (pengarah Everlasting Pictures) di studio MFP Jalan Ampas, Anna-Marie Andrews, Yolanda Locke, Margaret Low, Angela Lim, Deanna Paul, Margaret Miller dan Chio Netty.

Dari lapan peserta itu, tiga terpilih – Marion Willis, Deanna Paul (20) dan Margaret Miller (16).

Bagaimanapun, filem “Tiger of Malaya” tidak jadi dibuat.


Beberapa adegan lakonan Marion Willis dalam “Sumpah Orang Minyak”

SUMPAH ORANG MINYAK 1958___

Ketika ujian skrin pemilihan pelakon “Tiger of Malaya” dijalankan, P.RAMLEE sedang merancang memilemkan “Sumpah Orang Minyak”.

Disebabkan “Tiger of Malaya” gagal dilaksanakan, Run Run Shaw telah meminta P.Ramlee mengwujudkan satu peranan untuk Marion Willis dalam filem tersebut.

Kebetulan pula, ada karekter Putri Bunian. Adegannya tidak banyak, dialognya pun sedikit, cuma diperlukan kecantikan dan kejelitaan saja.

Ini sangat sesuai untuknya, dan beralihlah karekter Putri Bunian dari Siti Hawa Majid (lebih terkenal sebagai penari kebudayaan ketika itu) ke Marion Willis.

Memang tepat, sungguhpun lakonannya agak kaku dan suaranya pun menggunakan suara Normadiah, tetapi kerana kejelitaan dan kecatikannya semua kelemahan yang ada dapat ditutupnya dengan baik.

Well-known Singapore model Marion Willis makes her film debut as a fairy princess in Shaw Brothers’ “Sumpah Orang Minyak” (“Curse of the Oily Man”).

Her part in Malay film is not a big one, and we can only hope we shall see her on the screen again.

The story deals with the adventures of a hero-cum-villain who is summoned to a fairy kingdom. There the handsome stranger, played by P. Ramlee with his usual verve, meets the princess (Marion) who falls in love with him.

However, since fairies and mortals seldoms, if ever, make happy marriages, he goes away leaving her lonely and disconsolate.

Itulah komen akhbar The Straits Times mengenai Marion Willis dalam “Sumpah Orang Minyak”.

Her part in Malay film is not a big one, and we can only hope we shall see her on the screen again.

Itulah harapan, tetapi “Sumpah Orang Minyak” menjanjikan satu-satunya filem pernah dibintangi oleh Marion Willis.

Filem “Sumpah Orang Minyak” mendapat kejayaan besar di box office, dan juga memperlihatkan kreativiti P. Ramlee dalam menghasilkan filem dari segi lakonan, lakonlayar, musik, lagu, dialog dan pertarungan.

Bukan itu saja, filem ini juga menerima anugerah sinematografi terbaik (A. Bakar Ali) di Festival Filem Asia Pasifik Ke-5 (FFAP5) di Manila 1958.

Dengan penghasilan antara yang terbaik (“Sumpah Orang Minyak”), setidak-tidaknya Marion Willis sentiasa diingati sebagai Putri Bunian yang cantik jelita sampai bila-bila atau selagi filem “Sumpah Orang Minyak” itu masih wujud.

Bak kata P. Ramlee dalam lagunya: “Indah nian istana bunian. Putri pun manis menawan.”

MISS SINGAPORE (1958)___

Marion Willis, sebelum di mahkotakan sebagai Miss Singapore 1958, sering menyertai pertandingan ratu cantik tetapi tidak pernah memperolehi kejayaan cemerlang.

Pada bulan Oktober 1957, dalam pemilihan Ratu Deepavali, dia menduduki tempat kedua apabila Sally Padlaney sebagai ratu.

Pada bulan Disember 1957, juga menduduki tempat kedua dalam pemilihan Ratu Yuletide dengan Phyllis Ang sebagai ratu.

THE QUEST FOR MISS S’PORE

Miss Marion Willis, another entrant in the Miss Singapore contest which will be judged at the Capitol Cinema on June 24 and 25. Winner will take part in the Miss Universe Beauty Pageant at Long Beach, California, in July.

Begitulah berita awal mengenai penyertaan Marion Willis untuk merebut Miss Singapore 1958 yang tersiar dalam akhbar The Straits Times keluaran 31 Mei 1958.

Berusia 19 tahun, Marion Willis (ketika itu) bekerja sebagai stenographer tidak menaruh harapan untuk dipilih sebagai ratu. Paling tidak, katanya, tempat kedua.

Seramai 32 jelitawan turut serta. Antara mereka hanya 14 dipilih bertanding ke peringkat akhir, dan Marion Willis salah seorang antaranya.

13 lagi – Milly Koh, Doreen Blight, Daisy Szeto, Mary Wong, Patricia Yong, Leonie Koenits, Shirley Vanderput, Francis Foo, Alice Yong, Diana Hutchinson, Irene De Silva, Christi D’Cruz dan Pauline Szeto.

Pada 27 Jun 1958, Marion Willis telah diistiharkan sebagai Miss Singapore 1958 manakala Cristi D’Cruz tempat kedua dan Patricia Yong tempat ketiga.

Dengan itu, secara automatik dia layak ke Long Beach, California bertanding merebut Miss Universe 1958.


MISS UNIVERSE 1958___

Pada 16 Julai 1958, Marion Willis (Miss Singapore 1958) terbang dengan PAA (Pan American Airliner) menuju ke Long Beach, California untuk mengambil bahagian dalam pertandingan Miss Universe 1958 yang dijadualkan berlangsung pada 17 hingga 27 Julai.

Sebelum berangkat dan bila ditanya harapannya, kata Marion Willis: “Saya akan beritahu setelah saya menilai kesemua peserta lain.”

Seramai 36 peseta (negara) mengambil bahagian,
Sebagaimana yang dijangkakan, dalam bersaing dengan negara-negara lain terutamanya Amerika Latin dan Eropah, Singapura dan negara-negara rantau Asia tidak mampu pergi jauh ke depan.

Marion Willis kecundang, dia gagal menempatkan dirinya ke 15.
Di antara 15 peserta tersebut, gelaran Miss Universe 1958 disandang oleh Luz Mariana Zuluaga dari Colombia. Dia telah dimahkotakan oleh Miss Universe 1957, Gladys Zenda (Peru).

Semasa pulang ke Singapura pada 11 Ogos 1959 Marion Willis memberitahu, banyak tawaran berlakon televisyen diterimanya tetapi ditolak kerana mahu pulang segera ke Singapura untuk bersama keluarga.

“Saya tidak menyesal dengan penolakan tersebut,” katanya.

Menurut fakta, Singapura mula menyertai Miss Universe pada tahun 1954 (kali ke-3) yang diadakan di Long Beach, California juga pada 24 Julai.

Pada ketika itu, Singapura diwakili oleh Marjorie Wee.

Marion Willis merupakan peserta kedua kerana pada tahun 1952 (kali pertama diadakan), 1953, 1955, 1956 dan 1957, Singapura tidak mengambil bahagian.

Sejak tahun 1954, Singapura sentiasa saja menghantar wakil menyertai Miss Universe ini.

Semasa saya diundang menyaksikan Miss Universe 1994 di Manila, Philippines, Singapura disertai oleh Paulyn Sun, kini terkenal sebagai pelakon filem.

Sekembalinya menyertai Miss Universe 1958, Marion Willis melangsungkan perkahwinannya dengan Inspector Police, Robert Woodworth di Cathedral of the Good Sheperd, Singapura pada 3 Januari 1959.

Kemudian, segala-galanya bernoktah di situ.

Hanya pada 12 September 1960, berita Marion Willis muncul dalam akhbar The Straits Time menerusi ruangan Where are they now?

‘Coochi coochi’ says
Miss Singapore

Glamour girl Marion steps out of
the limelight and finds joy
and happiness as a housewife

Press bulbs flahes, one developed a good pasture, moved in social circles and it would seem that one was getting fame and fulfilment.

But she confessed, it was an empty kind of joy.

The model is pre-occupied with sophistication. She becomes inhibited and “there are just so many thing that just aren’t done or said in certain company.”

One loses a lot of freedom. But that is the price one pays to climb up the rungs of the sophistication scale.

Beauty contest

Then came the state-wide beauty contest in 1958. “I thought I would just go in for fun.”

As it turned out, she was chosen Miss Singapore. “The surprise was complete, and before I could recovered from it, I was packed off to America. It was all a whirlwind.

“Bob and I were very good friends then. Then separation did us good. I miss him a lot.” And it was her return, that they married.

She still models occasionally and the old “gearbox of modelling techniques – poses and pouts” is hauled up again.

Full-time job

“But I prefer cooking, designing my own dresses, bathing Johnathan and looking pretty Bob – a ladies’ man. I don’t want invite competition.

“This is full-time job, and if I have to stay away from the pale of stage lights forever, I would do it, and raise happy home.

“For the future? Well, both of us are saving. We hope someday to go and see Europe in the summer.”

Gone also is the model’s pose, the advertising smile or superficial enunciation and strained sultry voice. She is just now mother Marion showering maternal love upon her baby, Jonathan, and saying “Coochi coochi.”

Demure way

For now Marion, as Mrs. Bob Woodworth, is wife of a police inspector. She still very attractive, but in demure, housewifely sort of way.

In her home at Carmen Street, Opera Estate, she speaks her new role and make a song about her marriage life.

An amah is ironing, another pottering in the kitchen, and Marion in three-quarter slacks and a loose blouse, recalled her galmourous past while eight-month-old Jonathan discovered an absorbing joy in his mother’s curls.

Major mission

Woman, Marion was saying, has only one major mission in life – to be housewife and mother.

Does she miss the glitter, the constant mention in the press? Or the trips aboard?

“Not really, Sonia is in London so is Ailine Stobbe. And I am here – past all that sort of thing, but not any way less happy.”

She has thought, as a girl, that to in the limelight was the ultimate goal for a girl.

Well, kini Marion Willis ada di mana?

SENIWATI ZAINON

ZAINON FIJI BAWA WATAK WANITA INDIA

Zainon Fiji atau nama sebenar Zainon binti Ibrahim dilahirkan pada tahun 1924 di Singapura. Sinonim dengan watak wanita india didalam Seniman Bujang Lapok serta watak mami kepada Chombi dalam Ibu Mertua-Ku.

Beliau pernah mendirikan rumahtangga selama 28 tahun bersama seniman Ali Fiji sebelum bercerai pada tahun 1979. Sepanjang hidup bersama, beliau tidak dikurniakan cahayamata kecuali enam orang anak angkat yang dijaga sejak kecil. Pada 1946 ketika berusia 22 tahun menceburi dunia perfileman sebagai seorang penari dibawah pimpinan seniman Osman Gumanthi dalam filem bertajuk “Nilam (1946) terbitan Malay Films Productions (MFP). Setelah berlakon sebagai penari/extra tanpa dialog dalam beberapa buah filem, bakat beliau mula dikesan dibawah pengarah berbangsa India. Filem pertama beliau adalah Lupa Daratan (1952) memegang watak seorang Babu atau pembantu rumah dibawah arahan Pengarah L.Krishnan. Beliau terus diberi watak berdialog pada filem filem seterusnya dengan menggunakan nama pentas sebagai Zainon atau Zainon Ibrahim.

Antara filem lakonan beliau termasuk:
1.Nilam (1949)

  1. Lupa Daratan (1952)
  2. Perjodohan (1954)
  3. Arjuna (1954)
  4. Penarek Becha (1955)
  5. Semerah Padi (1956)
  6. Hantu Jerangkong (1957)
  7. Pancha Delima (1957)
  8. Hantu Kubor (1958)
  9. Musang Berjanggut (1959)
  10. Batu Belah Batu Bertangkop (1959)
  11. Saudagar Minyak Urat (1959)
  12. Antara Dua Darjat (1960)
  13. Ali baba Bujang Lapok (1960)
  14. Seniman Bujang Lapok (1961)
  15. Indera Bangsawan (1961)
  16. Si Tanggang (1961)
  17. Panji Samerang (1961)
  18. Ibu Mertua-Ku (1962)
  19. Gerhana (1962)
  20. Madu Tiga (1964)
  21. Bidasari (1965)

P.Ramlee adalah orang yang bertanggungjawab menukar nama Zainon Ibrahim menjadi Zainon Fiji iaitu gabungan dari nama gelaran suami beliau seniman Ali Fiji yang mempunyai rambut seakan orang Fiji. Selepas penutupan studio jalan Ampas pada bulan disember 1967, beliau mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dari dunia lakonan dan memulakan perniagaan menjual kuih muih dan mengurut wanita bersalin demi kelansungan hidup keluarganya.

Dari extra tanpa dialog hingga sehingga diberi watak penting dan paling diingati , Zainon Fiji meninggal dunia pada 28 Mei 1992, Ketika berusia 68 tahun akibat sesak nafas dan dikebumikan di pusara Aman, Singapura. Al-Fatihah~

Teks: Mimin

Sumber:
Erti yang Sakti
Majallah Filem

Bicara Seni

Enam watak yang berbeza


Filem ini mendapat KRITIKAN TERUK dari Utusan Malaysia kerana mutu pengarahannya, tetapi berpuluh tahun kemudiannya, filem ini telah menjadi sebuah filem ‘cult ‘ bagi generasi muda di zaman ini.

Paling menarik tentang filem ini, P.RAMLEE ingin menggambarkan kesemua karektor 6 Jahanam ini betul-betul ganas supaya ianya nampak benar-benar JAHANAM. Pada satu hari P.RAMLEE telah memanggil keenam-enam pelakon yang terlibat dengan beberapa orang tukang gunting rambut yang didatangkan khas oleh P.RAMLEE ke studio Merdeka. P.RAMLEE telah meminta tukang gunting rambut itu menggunting rambut keenam-enam pelakon itu dengan bentuk fesyen yang berbeza. Ada yang botak, ada juga yang botak separuh dan juga ada yang gondol. Patut buat REMAKE filem ni!



Ikon purbawara Nordin Ahmad

Nordin Ahmad ialah seorang pelakon filem Melayu Malaysia terulung. Beliau dilahirkan di Kampung Kota, Permatang Pasir, Seberang Perai, Pulau Pinang pada tahun 4 Ogos 1929.[2] Lakonan hebat beliau adalah seperti dalam filem Seri Mersing, Semerah Padi, Air Mata Duyong dan Gurindam Jiwa. Selain itu beliau juga dikenang dengan lakonan agresif seperti dalam filem Hang Jebat, Cucu Datuk Merah dan Raden Mas.

setiap kali menyebut nama Nordin Ahmad, peminat akan terus teringat adegan-adegan dan dialog-dialog yang menjadi klasik filem-filem Melayu sepanjang zaman seperti dalam filem Seri Mersing arahan Allahyarham Salleh Ghani dengan dialog berpantun ; “Kajang Pak Malau kajang berlipat, kajang saya mengkuang layu, dagang Pak Malau dagang bertempat, dagang saya musafir lalu.” Dalam filem Gurindam Jiwa (1966) Nordin berganding dengan Latifah Omar mendendangkan lagu Gurindam Jiwa dengan rangkap “Tuai padi antara masak, esok jangan layu layuan, intai kami antara nampak, esok jangan rindu-rinduan”. Filem terakhir Nordin ialah filem Jahanam arahan M. Amin yang diterbitkan pada tahun 1971, yang mana Nordin berganding dengan seniwati Saadiah.

Bangsawan di singapura

Bangsawan dipercayai telah dibawa masuk ke Singapura pada tahun 1880an Ketibaan bangsawan Melayu ke Singapura bersama seri panggungnya yang terkenal iaitu Siti Hawa dan kumpulan Wayang Mama Pushi dari Pulau Pinang. Mohamed Pushi telah menubuhkan kumpulannya yang dikenali dengan nama Pushi Indera Bangsawan.

Maka tidaklah menjadi satu yang menghairankan bangsawan merupakan suatu bidang seni yang memerlukan tahap kemahiran dan kreativiti yang tinggi dari setiap anggota-anggotanya yang terlibat sama ada di depan atau belakang pentas.  

Namun selepas perang dunia kedua, seni pementasan bangsawan mula merudum sebelum akhirnya hilang pada tahun 1960an. Tetapi terdapat usaha-usaha untuk meneruskan seni lakon ini melalui wadah-wadah lain. Umpamanya pada tahun 1954,bangsawan mula ke udara melalui rancangan mingguan di Radio Malaya yang berpangkalan di Singapura. Pada tahun-tahun 1970an dan 1980an, bangsawan mula dipentaskan kembali dan muncul dikaca televisyen melalui penerbitan Radio Televisyen Singapura (RTS). Ini dibolehkan kerana ketika itu masih terdapat “orang-orang kuat” bangsawan seperti Almarhum Haji Shariff Medan, Almarhum Haji Ahmad Sabri dan Almarhum Haji Hamid Ahmad yang pernah melibatkan diri mereka dalam kegiatan dan pementasan seni bangsawan.

Pada tahun April 1987, Seri Anggerik Bangsawan telah ditubuhkan dan diterajui oleh Almarhum Haji Hamid Ahmad. Radio Televisyen Singapura (RTS) pernah terlibat dalam beberapa pementasan bangsawan di Panggung Victoria. Antaranya ialah Jula-Juli Bintang Tiga (1978) danPuteri Gunung Ledang (1979). Walaupun mendapat sambutan yang menggalakkan, namun setiap pementasan ini menelan belanja yang agak besar ketika itu. Kali terakhir seni bangsawan dipentaskan di Singapura ialah pada 15–17 Januari 2016. Ia telah dipentaskan di Teater Esplanade oleh Sri Mamanda Bangsawan yang membawa cerita Raden Mas yang ditulis oleh Encik Nadiputra. Namun, setiap perubahan ruang di mana bangsawan ini dipentaskan juga sering menimbulkan perbincangan tentang keaslianseni pementasan bangsawan itu sendiri sama ada dari segi penampilan, cerita, lakonan dan sebagainya. Sebagaimana yang dihujahkan tadi, seni pementasan bangsawan adalah seni yang sering mengalami perubahan. Perubahan yang berlaku atau perlu dilakukan demi untuk memenuhi keperluan penonton semasa dan juga untuk mengadaptasikan ruang-ruang pementasan yang terdapat bagi pementasan seni bangsawan pada masa kini.

Design a site like this with WordPress.com
Get started